Wednesday, July 7, 2010

Kursus Pemantapan Akidah

Kursus ini telah dijalankan pada 22 hingga 24 Jun 2010 bertempat di Kem Pemantapan Akidah Titi Jelebu dengan kerjasama JAKIM. Program ini disertai oleh 42 orang pelajar yang bermasalah dari setiap tingkatan dan diiringi oleh 2 orang guru iaitu En. Moha Azirul dan Cik Norazizie. Kursus ini berbeza dari kursus-kursus yang lain kerana fasilitator banyak menggunakan kaedah islamik contohnya nyanyian nasyid, qiamullai, berzikir dan banyak lagi. Selain itu, peserta juga diajar cara menunaikan solat yang betul dan aktiviti riadah diasingkan antara lelaki dan perempuan. Antara pengisian lain pada kursus tersebut ialah aktiviti kembara tetapi malangnya ia tidak dapat dijalankan di tempat yang telah dirancang kerana pekerja kem ternampak dua ekor harimau sedang berkeliaran di sekitar kawasan tersebut. Walaubagaimanapun aktiviti tersebut tetap dijalankan tetapi cuma dijalankan dalam kawasan kem sahaja. Para peserta dilayan dengan penuh kasih sayang oleh fasilitator dan makanan disediakan amat memuaskan. Kawasan persekitaran juga sangat menarik dan mengagumkan kerana dikelilingi oleh kawasan hutan dan berbukit bukau. Pada akhir kursus tersebut, secara automatik para peserta diisytiharkan sebagai sahabat akidah. Diharapkan kursus ini menjadi acara tahunan untuk masa hadapan. SEMOGA HIDUP KITA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEREDHAAN DARI-NYA!!!

No comments: