Wednesday, July 7, 2010

Program Ponteng Sifar & Jom Datang ke Sekolah

Pada 30 Jun 2010 yang lepas,SMK Palong 7 telah mengadakan satu program iaitu Program Ponteng Sifar dan Jom Datang ke Sekolah. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar supaya datang ke sekolah dengan bersemangat. Antara pengisian pada program ini ialah sesi ceramah oleh penceramah jemputan dari Seremban iaitu En. Hamidon. Selain itu, kelas tahanan bagi pelajar yang datang lambat juga diwujudkan. Hasil daripada program ini, bilangan pelajar yang datang ke sekolah meningkat dengan mendadak. Pelajar juga tidak lagi datang lewat ke sekolah.

No comments: