Wednesday, July 8, 2009

SEJARAH PERKEMBANGAN KECEMERLANGAN

Pelajar-pelajar SMKPT(F) adalah dari pelbagai latar belakang dan sosio budaya serta taraf ekonomi yang berbeza. Ini di tambah dengan keadaan persekitaran, di rumah, pengaruh luar, cara didikan, pemakanan yang tidak seimbang, kemudahan yang kurang dan tanggapan masyarakat yang melabelkan pelajar Felda sebagai pelajar bermasalah dan negatif telah memberi semangat kepada guru di SMKPT(F) ini untuk menaikkan nama dan martabat sekolah Felda. Oleh itu pengurusan sekolah merancang program penjenamaan semula sekolah ini dengan tujuan untuk menaikkan nama sekolah di mata masyarakat.

Program penjenamaan semula ini bermula pada tahun 1995 ..Program ini bermula apabila En Roslan B Kamarudin rasa terpanggil untuk menjenamakan semula SMK Palong Tujuh sebagai sebuah sekolah Felda yang selalu di jenamakan sebagai Hitam, bermasalah dan sebagainya secara negatif setelah selesai mengikuti Kursus Sistem Saraan Baru bagi guru yang belum disahkan perkhidmatan. Hasil dari pandangan dan idea En. Roslan Kamaruddin yang pada ketika itu sebagai Ketua Bidang dan Pengerusi Kelab Staf telah mencadangkan kepada pentadbiran yang ketika itu pengetua SMKPT ialah Tn Hj Sayuti B Mamat, agar pasukan beruniform digunakan sebagai asas kejayaan program ini memandangkan secara keseluruhan pencapaian pelajar dalam bidang akademik adalah sederhana, melalui penglibatan pelajar dalam uniform, membolehkan suntikan ’semangat’ untuk meningkatkan sahsiah,disiplin dan sekaligus akan dapat meningkatkan akademik kerana melalui sahsiah yang baik akan menghasilkan peningkatan akademik yang baik juga. Kebanyakan pelajar yang cemerlang daripada sekolah ini biasanya akan keluar menyambung pelajaran di sekolah berasrama dan sekolah bandar.

Setelah kajian dan pemerhatian dibuat didapati beberapa seleksi masalah wujud iaitu seperti persekitaran yang tidak sihat, rumah yang kecil dan keluarga ramai, pengaruh luar yang negatif, cara didikan ibubapa, pemakanan yang tidak seimbang, pelbagai sosio budaya, kemudahan kurang dan masalah kewangan yang memaksa pelajar mencari duit sendiri.(Roslan 2003) Ini secara tidak langsung mematahkan semangat dan peluang pelajar untuk menonjolkan potensi diri mereka. Oleh itu, program kecemerlangan badan beruniform ini dipilih supaya secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah dan disiplin pelajar (Roslan, 2002).

Program ini bermula dengan penubuhan pasukan kadet Bersatu Malaysia yang dianggotai seramai 25 orang. Penubuhannya adalah secara tidak rasmi. Permohonan telah dibuat kepada Unit Ko Kurikulum tetapi kerana prosedur dan syarat yang agak ketat maka permohonan tersebut tidak diluluskan. Namun demikian apabila pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menghantar Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1995 yang bertarikh 11 Ogos 1995 berkenaan dengan perlaksanaan pasukan Kadet Remaja Sekolah, SMK Palong Tujuh dibawah pimpinan En Roslan Kamarudin telah menubuh kan Pasukan KRS pada 18 Januari 1995 dan dilancarkan secara rasmi oleh ketua unit Ko Kurikulum pada 25 oktober 1995 dengan kekuatan 1 pegawai dan 110 anggota.Pada mula nya anggota pasukan adalah terdiri daripada pelajar lelaki yang bermasalah ,kurang berminat dengan akdemik dan lebih sukakan aktiviti lasak dan riadah. Beberapa aktiviti telah diadakan bagi menarik minat pelajar. Antaranya perkhemahan di sekitar sekolah bagi peringkat asas dan ada juga diadakan di luar seperti di Jeram Toi, Jelebu, Jeram Reakrasi De Vana, Lui Barat, Jeram Serting dan lain-lain.

Selain daripada itu aktiviti lain juga turut diadakan seperti berkebun, menanam bunga dan seterusnya menjual hasil tersebut kepada guru-guru dan masyarakat setempat. Aktiviti jualan di program-program besar sekolah seperti hari Sukan, Hari Kerjaya dan lain-lain.Di samping itu aktiviti kawat juga tidak ketinggalan. Format yang di gunakan adalah pelajar itu sendiri diberi peranan sendiri iaitu mereka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti tersebut sepenuhnya dengan dimantau oleh guru. Mereka juga diberi tanggungjawab untuk merasa tanggungjawab dalam perancangan sekolah seperti mereka dipertanggungjawabkan dengan menceriakan sekolah seperti membuat taman-taman angkat dan kawasan-kawasan tertentu untuk diceriakan. Mereka juga sering diberi tanggungjawab mengendalikan majlis-majlis sekolah seperti membuat persiapan majlis seperti persiapan dewan, keceriaan dan lain-lain dengan erti kata mereka juga turut dilibatkan dalam soal membuat keputusan bersama. Jika ada majlis-majlis besar di sekolah mereka aakan dipertanggungjawap kan untuk mengadakan kawalan kehormatan. Secara tidak langsung mereka yang merasakan diri mereka tidak dihargai telah menjadi orang penting dan dipertontonkan oleh semua pihak termasuk ibu bapa mereka.

Pertandingan pertama yang melibatkan kawat kaki adalah pada hari Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat daerah Jempol pada tahun 1997. Pasukan KRS telah mendapat tempat Naib Johan, Pada tahun 1998 sehingga 2000 pasukan KRS telah mendapat Johan. Kemenangan ini telah memberi suntikan dan galakan yang positif. Pasukan ini telah menjadi role model kepada pelajar lain. Buktinya telah muncul satu lagi pasukan yang cuba bersaing hebat dengan pasukan KRS iaitu Pasukan Kadet Polis Lelaki yang di pimpin oleh En Ayob B Mohd Rhi pada tahun 1999. Pasukan KRs juga telah bertambah guru penasihatnya iaitu Cik Hasnah Harun dan En Jazmi Mohd. Walau pun pasukan unit uniform lain telah ditubuhkan di SMk Palong Tujuh seperti Pengakap, PBSM, Renjer Puteri dan Puteri Islam tetapi tidak begitu menonjol. Pada tahun 2000 Pasukan kadet Polis Lelaki telak cuba mengikuti jejak langkah dan bersaing dengan pasukan KRS bertanding di Perbarisan Hari Kebangsaan Daerah Jempol. Keputusannya Pasukan KRS mendapat Johan manakala Pasukan Kadet Polis Naib Johan.

Pada tahun 2001 perkembangan pasukan unit uniform SMk Palong Tujuh semakin bertambah maju dan berjaya. Manakala pasukan kadet Polis telah menambahkan pasukan dengan menubuhkan pasukan Kadet Polis Wanita di bawah pimpinan Pn Norhaniah Mohd Nor, Cik Norashiah Hamzah dan Cik Mashitah mohd Tahir. Manakala En Ayub Mohd Rhi telah dibantu oleh En Abdullah Omar. Pasukan KRS dan Kadet Polis terpaksa bersaing pula dengan pasukan Pengakap Lelaki dan Perempuan di bawah pimpinan En Mohd Asri Subuh dan Pn Norhayati Kamarudin Mereka telah turut bertanding pada tahun 2001.

Pada Ogos 1999 Pertandingan kawat kaki Unit-unit beruniform Peringkat Negeri Sembilan yang pertama telah diadakan.Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Datuk Mansur. Pasukan SMK Palong Tujuh hanya mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut kekalahan dalam pertandingan tersebut telah memberi suntikan dan semangat yang berkorbar untuk bersaing dalam pertandingan akan datang. Masalah yang ketara pada ketika itu adalah pasukan tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Lantas persiapan telah di lakukan latihan kawat berbentuk formasi telah diajar kepada anggota. Oleh kerana sesuatu yang unik, baru dan mencabar, aktiviti kawat tersebut telah menimbulkan keseronokan kepada anggota KRS. Masalah yang timbul pada ketika itu adalah untuk menyediakan kelengkapan pakaian untuk anggota bertanding. Beberapa langkah telah diambil bagi menambahkan tabung. Aktiviti jualan ditingkatkan. Tanaman sayuran seperti kangkung, sawi, cili telah diadakan. Semua anggota dipertanggungjawabkan untuk menanam jenis sayuran tersebut. Hasil dari tanaman tersebut telah dijual. Aktiviti mengisi tabung juga telah dilakukan seperti kutipan besi-besi buruk kemudian dijual kepada pembeli besi buruk, mengumpulkan kelapa setiap anggota diwajibkan membawa sebiji kepala dan seterusnya dijual kepada kedai disekitar kawasan Palong, menjual makanan di Hari sukan, Hari Kerjaya dan lain-lain. Pada tahun 1999 Kementerian telah menganjurkan pertandingan kawat kaki unit-unit Beruniform. Pasukan KRS SMK Palong Tujuh hanya mendapat tempat Naib Johan sahaja. Pada tahun 2000 pula Kementerian telah mewujudkan pertandingan kawat kaki mengikut kategori Kadet Remaja sekolah. Maka apabila pertandingan pada tahun 2000 pasukan KRS Putera telah menjadi johan di peringkat Negeri sembilan pada 30 Ogos 2000 di SMK Chung Hua Kuala Pilah dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan di peringkat kebangsaan di Perak. Pasukan KRS Putera hanya mendapat tempat kelima. Pada tahun 2001 pula kementerian telah menambah lagi kategori pertandingan, terdapat enam kategori pertandingan kawat kaki diadakan iaitu kategori Kadet Remaja Sekolah Putera dan Puteri, Kategori Badan Kerajaan Lelaki dan Wanita dan Kategori Badan Bukan Kerajaan Lelaki dan Perempuan. Dalam pertandingan tersebut keenam-enam pasukan telah menjadi johan di peringkat daerah, diperingkat negeri hanya tiga pasukan sahaja yang mendapat tempat. Pasukan KRs Putera dan Puteri serta Pasukan Kadet Polis Lelaki mendapat Johan manakala Pasukan Pengakap Wanita mendapat tempat ketiga. Di peringkat kebangsaan pula pasukan KRS Putera dan Puteri (telah diadakan di Pulau pinang) mendapat Johan manakala Pasukan Kadet Polis Lelaki (telah di adakan di Langkawi) mendapat tempat ketiga. Manakala pada tahun 2002 di peringkat daerah dan Negeri pasukan kawat kaki SMK Palong Tujuh telah mencatat kejayaan luar biasa kerana memenangi kesemua kategori pertandingan iaitu menjadi Johan dan seterusnya mewakili negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan. Apa yang membanggakan pasukan tersebut telah berjaya.Pasukan KRS Puteri telah mendapat Johan, Pasukan KRS Putera, pasukan Kadet Polis Lelaki dan Pasukan Pengakap Puteri mendapat tempat Naib Johan manakala pasukan Wanita Kadet Polis mendapat tempat ketiga dan keempat bagi pasukan Pengakap Lelaki. Pada tahun 2003 pula

apabila pertandingan kawat kaki penglibatan sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru. Setelah beberapa kejayaan diperolehi, telah membuka mata seluruh komuniti bahawa program ini boleh lebih cemerlang lagi dengan sokongan semua pihak. Selepas itu, program ini mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada pentadbiran sekolah, guru, PIBG, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan bekas-bekas pelajar di mana kini, kejayaan demi kejayaan dan anugerah telah diperolehi (Roslan, 2003). Program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan disiplin pelajar, minat pelajar untuk belajar bertambah, pencapaian akademik meningkat dan terkenal sebagai sekolah berwatak kawat kaki. SMKPT(F) juga kerap dijemput oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi lain untuk membuat persembahan kawat kaki. Selain itu kejayaan dan anugerah yang telah diperolehi antaranya ialah Anugerah Kokurikulum Terbilang Tahun 2002, 2003 dan 2004.

No comments: