Wednesday, July 8, 2009

SEJARAH SMKP7 (F)

Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (Felda) terletak 40 km ke Timur dari Bandar Seri Jempol dan 60 km dari Bandar Bahau. Sekolah ini siap dibina pada 4 Disember 1989 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada Januari 1990. Di awal pembukaannya terdapat 10 orang guru dan seorang kakitangan bukan guru dengan menerima 180 pelajar dari kawasan Felda Palong 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15 dan 16. Terdapat 12 bilik darjah, 2 makmal, 2 bilik ERT, bengkel, pusat sumber, perpustakaan, pejabat, bilik guru dan kemudahan lain iaitu satu gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar. Pada tanggal 21 Januari 1992, SMKPT (F) telah menerima kunjungan delegasi luar negara dari Vietnam diketuai oleh Perdana Menteri iaitu Mr.Vo Van Kiet.

Dalam tahun 1993 jumlah pelajar bertambah kepada 807 dan guru meningkat kepada 44 orang. Pada tahun 1997 secara rasminya Sekolah Menengah Palong Tujuh (F) telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (F).

Dalam bidang akademik sekolah ini telah menunjukkan kecemerlangannya dengan menerima anugerah pencapaian 100 % lulus dalam beberapa mata pelajaran dan anugerah lonjakan berganda lulus keseluruhan PMR dan SPM. Bermula dari penubuhan Pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah ini pada 18 Januari 1995, pencapaian program kokurikulum sekolah ini telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Peningkatan yang ketara ini telah membawa kepada terciptanya sejarah di mana SMKPT(F) telah menjuarai keenam-enam kategori pertandingan kawat kaki peringkat Negeri Sembilan dan mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan Kawat Kaki di peringkat Kebangsaan dan telah mendapat Anugerah Kokurikulum Terbilang 2002. Selepas itu kejayaan demi kejayaan telah dicapai samada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dengan pencapaian itu SMKPT(F) telah dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Patriotik Peringkat Kebangsaan pada tahun 2003 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu YB. Dato’ Mohd. Shafie Afdal. Pada tahun 2004 kejayaan yang sama turut diulangi oleh SMK Palong Tujuh. Telah menjuari pertandingan kawad kaki bagi keenam-enam kategori yang dipertandingkan dan seterusnya telah mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Begitu juga pada tahun 2005.

Kejayaan yang luar biasa ini turut dicapai malah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Keenam pasukan kawat kaki SMK Palong Tujuh yang terdiri daripada 240 pelajar semuanya telah memenangi pertandingan tersebut. Pasukan Kawat kaki Kadet Remaja Sekolah kategori Putera dan Pasukan kadet Polis Lelaki mendapat Johan, Pasukan Kadet Remaja sekolah Puteri, Pasukan Kadet Polis Wanita dan Pasukan Pengakap Perempuan telah mendapat tempat kedua manakala pasukan Bulan Sabit Merah lelaki telah mendapat tempat keempat daripada 15 negeri yang bertanding. Apa yang menjadi luar biasa ialah kejayaan tersebut terpaksa ditempuh dari kalangan beribu pelajar di seluruh Malaysia kerana pertandingan tersebut dijalankan diperingkat sekolah, zon atau daerah, Negeri dan seterusnya peringkat Kebangsaan.

No comments: