Pada 10 dan 11 Jun 2010 telah diadakan Hari Keluarga bertempat di Suria Beach Resort, Cherating. Pada pagi 10 Jun kira-kira pukul 9 pagi, semua peserta berkumpul di sekolah untuk taklimat ringkas dan sarapan pagi. Selepas itu peserta secara berkumpulan berkonvoi ke Cherating. Kira-kira jam 12 tengah hari, peserta singgah di Pantai Balok untuk makan tengah hari sebelum ke Suria Beach Resort untuk check-in. Pada sebelah petang diadakan sukaneka, antaranya ialah tarik tali, bawa belon dengan pipi, mengasingkan rempah ratus dan banyak lagi. Untuk acara malam pula, jamuan makan malam yang diserikan dengan acara karaoke oleh guru-guru, staf dan ahli keluarga yang cukup menghiburkan. Pada malam itu juga diadakan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.










No comments:
Post a Comment