Saturday, January 9, 2010

PERTANDINGAN SCHOOL'S GOT TALENT-ONLINE

TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Tema 1.1 Tema Pertandingan “School’s Got Talent- Online”ini adalah “1 Malaysia” tetapi tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. 2. Hadiah 2.1 Hadiah-hadiah utama hanya diperuntukkan untuk tiga (3) tempat terbaik dan dua (2) tempat saguhati untuk Negeri Selangor dan Negeri Sembilan 2.2 Kesemua peserta yang mengambil bahagian akan menerima sijil penyertaan. 2.3 Keputusan hakim adalah muktamad. 3. Syarat-syarat Pertandingan 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah program Fasilitator SchoolNet dan TM eSchool. 3.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja. 3.3 Setiap pasukan projek mestilah diwakili tidak melebihi 10 orang. 3.4 Para peserta juga bebas memilih ahli pasukan sendiri dan tidak tertakluk kepada rakan sekelas sahaja. 3.5 Sekolah WAJIB ada website, blog atau portal. 3.6 BORANG PENYERTAAN harus dihantar selewat-lewatnya pada 17 FEB 2010 kepada FS SKMM (emel: skmm@fs.net.my; fax: 03- 5518 7710). 3.7 Tajuk bahan yang akan dipertandingkan adalah BEBAS. 3.8 Semua hasil penyertaan mesti sampai sebelum atau pada 22 MAC 2010. Setiap pasukan hanya layak untuk satu hadiah sahaja. 4. Hakcipta dan Isi Kandungan 4.1 Setiap persembahan video mestilah dibangunkan menggunakan format .wmv sahaja. 4.2 Jangkamasa persembahan video adalah TIDAK melebihi 5 minit. Sebarang plug-ins yang diperlukan mestilah dinyatakan dan mendapat kebenaran pihak ketiga contohnya RealPlayer, Flash Viewer dan sebagainya. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas lesen aplikasi pihak ketiga. 4.3 Para peserta boleh menggunakan kebijaksanaan dan imaginasi masing-masing termasuklah mendapatkan khidmat nasihat pakar bagi membangunkan persembahan mereka tertakluk dalam batasan syarat-syarat pertandingan. 4.4 Semua hasil kerja hendaklah berdasarkan reka bentuk asli dan bebas daripada pornografi, perkauman, kebencian, kesalahan undang-undang, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia. Sekiranya bahan hakcipta terpelihara digunakan, keizinan mestilah diperolehi dahulu daripada si pemiliknya. 4.5 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bahan penyertaan peserta yang melanggar dan menyalahi hakcipta, patent, harta intelektual dan seumpamanya. 4.6 Hakcipta semua kerja adalah hakmilik SKMM, TM dan sekolah. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab. 4.7 Setiap persembahan video / multimedia yang dihasilkan mestilah mempunyai ciri- ciri seperti berikut: i. Kreatif ii. Menghiburkan iii. Penerapan nilai-nilai murni iv. Kesempurnaan / Ketepatan v. Keaslian 5. Penganjuran dan Penghakiman 5.1 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkan kepada peserta. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diambil kira. 5.2 Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria tertentu dan penerangan lanjut mengenainya akan diberikan semasa Taklimat Pertandingan oleh fasilitator sekolah. Pada dasarnya, kriteria pemilihan persembahan video adalah bergantung kepada tapisan awal dan undian penonton secara online.

No comments: