Pendaftaran tingkatan satu telah diadakan sejurus Majlis Penyerahan sumbangan oleh YB. Dato' Aziz Bin Shamsudin (Adun Palong). Seramai 125 orang pelajar tingkatan satu berdaftar pada hari tersebut yang mana terdiri daripada murid-murid dari SK Palong 7 dan SK Palong 8. Wajah pelajar ini menunjukkan betapa mereka gembira menjejakkan kaki ke sekolah menengah tambahan berjumpa dengan kawan-kawan yang baru.
Pelajar-pelajar baru segak dan kemas berpakaian sekolah dengan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Selepas pendaftaran, ibu bapa dan pelajar turut berkunjung ke koperasi sekolah untuk membeli barang keperluan bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2010 pada 4 Januari 2010. Pada sebelah petang itu juga hujan lebat telah membasahi bumi seperti memberkati kehadiran pelajar baru ini.
SELAMAT DATANG diucapkan!!!
No comments:
Post a Comment