Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010. Walaupun sambutan diadakan secara sederhana, namun kemeriahan tetap terasa dek telatah dan ragam guru serta pelajar. Pada sebelah pagi, diadakan sukaneka seperti mencari gula-gula dalam tepung, mengisi air menggunakan tangan, meniup belon tepung dan sebagainya. Selepas itu pula berlangsung acara dewan di mana perutusan telah dibacakan oleh Puan Pengetua dan GPK1. Selain itu juga, pelajar dan guru-guru juga terhibur dengan persembahan oleh guru dan pelajar. Buat semua guru khususnya guru SMK Palong 7, Selamat Hari Guru diucapkan.
Perutusan Hari Guru dari Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Puan Umi Kalthum (Pengetua).
Perutusan dari Ketua Pengarah KPM dibacakan En. Roslan (GPK1).
Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.
Berebut mencari gula-gula.
Bersemangat menyampaikan persembahan dikir barat.
No comments:
Post a Comment