Monday, June 27, 2011

HEBAT BERKATA-KATA

Pada 24 Jun 2011 SMK Palong 7 telah menganjurkan aktiviti 'Hebat Berkata-Kata' yang memerlukan para pelajar bercakap di khalayak ramai sewaktu perhimpunan dijalankan. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk keyakinan pelajar untuk bercakap di khalayak ramai dan menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar.
Aktiviti ini memerlukan seorang wakil dari setiap kelas untuk berkongsi ilmu atau pendapat di kalangan pelajar dan guru. Semoga pelancaran aktiviti ini mampu membentuk pelajar yang berkeyakinan dan berinovasi tinggi.

No comments: