Friday, March 12, 2010

PROGRAM 3 IN 1

Pada 8 Mac 2010 yang lalu, buat pertama kalinya SMK Palong Tujuh telah mengadakan tiga program dalam satu masa. Antara program yang terlibat ialah Hari Anugerah Kecemerlangan, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 dan Hari Sukan Sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Shamshulkahar B. Mohd Deli iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi merangkap ADUN Serting. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas kesudian YB hadir menjayakan program ini dan bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah. Selain itu, Hari Sukan tahunan diadakan sebagai persiapan awal untuk atlet-atlet sekolah menonjolkan bakat di samping dapat menguji pencapaian mereka sebelum ke peringkat yang lebih tinggi. Beberapa acara telah dipertandingkan antaranya lompat tinggi, lompat jauh, acara trek, lontar peluru dan sebagainya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang menang. Bagi ibu bapa pula, mesyuarat agung PIBG merupakan satu platform terbaik bagi mereka membincangkan tentang masalah dan penyelesaian terbaik untuk anak-anak mereka dalam segala aspek termasuk pelajaran dan juga keperibadian. Semoga dengan berlangsungnya program ini, SMK Palong Tujuh akan terus Terbilang di Persada Dunia.

No comments: