Tuesday, July 7, 2009

PENGENALAN SMKP7 (F)

Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (Felda) terletak 40 km ke Timur dari Bandar Seri Jempol dan 60 km dari Bandar Bahau. Sekolah ini siap dibina pada 4 Disember 1989 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada Januari 1990. Di awal pembukaannya terdapat 10 orang guru dan seorang kakitangan bukan guru dengan menerima 180 pelajar dari kawasan Felda Palong 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15 dan 16. Terdapat 12 bilik darjah, 2 makmal, 2 bilik ERT, bengkel, pusat sumber, perpustakaan, pejabat, bilik guru dan kemudahan lain iaitu satu gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar. Dalam tahun 1993 jumlah pelajar bertambah kepada 807 dan guru meningkat kepada 44 orang. Pada tahun 1997 secara rasminya Sekolah Menengah Palong Tujuh (F) telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (F).
Senarai pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak ianya dibuka. Bil. Nama TarikhBerkhidmat 1 En.Ahmad bin Hussien 04.12.1989 – 28.02.1992 2 Tn. Hj. Sayuti Bin Mamat 02.03.1992 – 30.12.1997 3 En. Abu Hassan Bin Ja’alam 01.04.1998 – 30.03.1999 4 En. Nik Mohd Hassan Bin Wan Muhammad 01.04.1999 – 30.03.2004 5 En. Mustaffa Bin Mohamed 01.04.2004 – 05.01.2009 6 En. Zakaria Bin Sapri 06.01.2009 - 15.03.2010 7 Pn. Umi Kalthum Bt Mustafa 16.03.2010 - sekarang

2 comments:

FasilitatorSchoolnet said...

salam..nk tny cmne nk bt blh da link2 kt belah kiri page nie yek??

fs skpalong 9

arilns2 said...

Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya blog untuk smkp tujuh siap akhirnya. Tahniah saya ucapkan. Gambar atas tu macam saya jer amik suatu ketika dahulu. hehehe... nway, saya juga dalam proses membangunkan web untuk ssns smk za'ba. sebelum tu praktikal di web sendiri iaitu www.cikgusyahril.net. jangan lupa lawatinya ya. blog akan menjadi berinformasi jika maklumatnya selalu dikemaskini. barulah ianya selalu dilawati kerana isi kandungannya ditunggu - tunggu. selamat mengemaskini blog smkptujuh. Tahniah sekali lagi. Cikgu Syahril.